Friday, August 21

Sepet -___-

Pagi yang mendung.
Aku tidak ke sekolah kerana tahap kemalasan yang mencapai tahap darurat.


Apa yang aku buat di rumah selain sapu rumah , sidai baju , basuh pinggan dan sebagainya ?Aku menonton tv ,Cerita Sepet .Aku dah tak klik remote dah lepas tu ,walaupun aku dah tengok Sepet berbelas kali tapi tak pernah bosan .


Cerita Sepet mengisahkan tentang seorang chinese boy dan malay girl fall in love dan ini mengingatkan aku pada kisah suami isteri yang romantis ini .



En Salji merupakan seorang junior Chef yang tidak terkenal namun hensem lagi bergaya .Di satu petang yang hening ,dia mendapat surat tawaran daripada sebuah Hotel yang terletak di Bukit Fraser , sebagai seorang Chef . Tanpa memikir panjang ,En Salji terus menerima tawaran yang dianggap peluang keemasan kerana Bukit Fraser terletak tidak jauh dengan kampung asal En Salji iaitu Raub ,Pahang .

Setelah beberapa bulan purnama di situ ,En Salji senang bekerja di situ .Udaranya sejuk dan nyaman ,hati pun riang ,jiwa pun senang .Dan sebagai seorang insan biasa ,En Salji juga tidak terlepas daripada perasaan cinta dan sayang .Rupa-rupanya En Salji admire kepada seorang amoi cina yang bernama Cik Lim .Cik Lim ketika itu hanyalah seorang housekeeper . En Salji selalu usya usya Cik Lim dari jauh tetapi tidak berani menegur kerana En Salji insan biasa , mempunyai perasaan segan dan malu .

Kasih sayang yang terbit tidak dapat ditahan lagi . Akhirnya En Salji memberanikan diri mengorat Cik Lim . Cik Lim sememangnya juga turut menyimpan perasaan terhadap En Salji yang hensem lagi bergaya dan turut digilai pekerja pekerja hotel yang single pada ketika itu . En Salji dan Cik Lim akhirnya menjadi kekasih . Kalau ada off day , pasti En Salji akan meluangkan masa bersama Cik Lim . Air Terjun di Bukit Fraser menjadi saksi cinta mereka yang agung .

Akhirnya , En Salji mengambil keputusan untuk berkahwin

En Salji : You , kita dah bercinta pun lama .I love you and you love me too .So jom kahwin
Cik Lim : Serious ?
En Salji : Yelaaaaaaaa but you know you have to change your name and your religious
Cik Lim : Im ready for it .

Jadi , Cik Lim pun bersetuju untuk berkahwin dengan En Salji tetapi mendapat tentangan keluarga kerana berbeza cara hidup dan agama . Tetapi cinta mengatasi segalanya , akhirnya En Salji berkahwin juga dengan Cik Lim dan Cik Lim telah memeluk Islam dan nama baru beliau ialah Masitah Aisyah Lim binti Abdullah .


Selepas 2 tahun , Puan Masitah akhirnya disahkan mengandung dan selepas ngam ngam 9 bulan , lahir lah seorang baby girl yang diberi nama yang indah sekali oleh En Salji iaitu Diyana Aliza bt Mohamad Salji . Kini baby girl tu telah berumur 17 dan bersekolah di SMK Puteri Titiwangsa . Tamat :)

3 comments:

Anonymous said...

Air Terjun di Bukit Fraser menjadi saksi cinta mereka yang agung.

novel cinta punye bahasa.:)




mellow man~

Dian said...

haha thankyou mellow man :)

alak's_mj said...

haha...rupanya camtu story ayah ngan mak ko.... :)